Sunday, April 1, 2012

Gunung Kinabalu


   

    Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara, di belakang gunung Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m).Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu  adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia. Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

2 comments:

Anonymous said...

nkk ntii..

Unknown said...

ble bha klu kau!!